Kedaikasutshop
Menu
  • Home
  • Testimoni
  • Panduan saiz kasut
  • Pemberitahuan
  • Pilih kasut
Panduan saiz kasut dan info-info

PANDUAN SAIZ KASUT UNTUK ANDA

1. Pastikan anda baca panduan ini, sebelum anda order kasut dengan kami.
2. Pastikan anda order kasut mengikut saiz kaki anda dan saiz kasut yang anda pakai sekarang.
LIHAT & BACA PANDUAN GAMBAR DIBAWAH :







9 Tips Menentukan Saiz Kasut Anda :

1. Elakkan daripada menganggap bahawa saiz kasut untuk semua jenis atau jenama adalah sama.

Contohnya:

Katakanlah saiz kasut sukan yang biasa anda pakai ialah saiz 7 (saiz US). Bila anda nak beli kasut kulit pula, saiz 7 tu belum tentu lagi sesuai. Anda mesti cuba dulu, baru tahu sama ada ia sesuai atau sebaliknya.

2. Semasa mengacu sesuatu kasut, pakailah stoking yang selalu anda pakai. Ataupun stoking yang bakal digayakan bersama kasut tersebut.

Setidak-tidaknya, anda dapat merasakan keadaan sebenar bila memakai kasut itu kelak.

3. Apabila nak menguji kesesuaian sesuatu kasut, pastikan anda berdiri dan menggerakkan hujung jari kaki dalam beberapa ketika. Adakah anda berasa selesa?

Pastikan juga jari kaki anda tu tak membengkok semasa anda dalam keadaan berdiri.

4. Lagi satu, pastikan ada sedikit ruang di antara hujung jari kaki dengan hujung (dinding di bahagian dalam) setiap kasut.

Anggaran yang sebaik-baiknya adalah dalam ukuran 3/8 inci hingga 1/2 inci.

5. Bahagian kaki anda yang paling lebar hendaklah benar-benar muat dan selesa dengan kelebaran kasut tersebut.

6. Usah menganggap bahawa semua jenis kasut kulit akan meregang setiap masa. Ini kerana ada sesetengah kasut kulit yang mudah mengecut dan agak sukar untuk meregang mengikut bentuk kaki anda.

7. Jangan beranggapan bahawa sepasang kasut yang ketat itu akan meregang dan berasa selesa bila anda dah lama memakainya. Ia takkan meregang mengikut saiz kaki anda. Walaupun setelah anda memakainya berbulan-bulan malah walau berkurun sekali pun.

Sebaliknya, kasut yang muat dan selesa dengan kaki anda mesti dapat dirasai sejak awal lagi. Jadi, pastikan anda menyedari keselesaan sesuatu kasut itu sejak awal lagi.

Ingat, ukuran panjang sesuatu kasut adalah tetap. Ianya takkan berubah sama sekali tau.

8. Semasa mengacu atau mencuba kasut, anda berjalan lah pada jarak tertentu. Jalan ulang-alik dalam beberapa kali. Biar sampai anda betul-betul puas hati dengan tahap keselesaannya.

Tujuannya supaya ia selesa dan sesuai dengan bentuk serta saiz kaki anda.

Macam mane nak tau ia betul-betul selesa?

Kasut yang selesa akan melekap penuh pada kaki anda. Tiada sebarang ruang yang terlalu longgar atau pun rasa macam ketat sangat, ok.

9. Ada juga kasut yang didatangkan dengan lapisan tapak dalam dan tapak luar yang agak tinggi berbanding biasa.

Fungsinya adalah untuk memberikan lebih sokongan pada buku lali anda. Untuk itu, pastikan buku lali anda selesa dengan keadaan tersebut.

Setelah mengetahui tip di atas, diharap selepas ini anda lebih arif dalam soal memilih kasut. Tak kiralah sama ada ketika nak membeli kasut lelaki atau kasut wanita. Paling penting, misi anda untuk mendapatkan kasut yang berbaloi-baloitercapai.


3 comments

avatar
Reply
Unknown delete June 13, 2021 at 12:43 AM

Sangat membantu utk mencari saiz kasut...

avatar
Reply
Unknown delete August 28, 2021 at 1:49 AM

Kalau saiz 26 tu saiz 6 ye?

avatar
Reply
Unknown delete November 21, 2021 at 12:10 AM

kalau saiz 2 saiz berapa ye ?

:)
:(
=(
^_^
:D
=D
;)
:-bd
:p
:cool
:lv

Lazada Malaysia

Terkini

  • ▼  2017 (3)
    • ▼  May (2)
      • Kasut ADIDAS ZX750
      • KASUT UNDER ARMOUR
    • ►  April (1)

Kategori

  • KASUT SUKAN & SANTAI (3)
ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free My Ping in TotalPing.com
[ Pingler ] [ Pingoat ] [ Kartikel ] [ Google Ping ]
[ Reader ] [ Picasion ] [ Gmail ][ Blogger ]

Copyright © 2016 - 2017 Kedaikasutshop All Right Reserved
Blogger Templates Created by Arlina Design